Monday, March 17, 2014

Jom jadi WASUBIDU.. !!

bismillah....
alhamdulillah... berkesempatan juga mengupdate blog.
saje boring2... jom hayati lirik lagu ini duhai sahabat2 muslimah sekalian.


Lirik Lagu Wanita Syurga Bidadari Dunia.
by oki 


Keanggunan yang terpancar darimu muslimah
Ketegasan jiwamu perisai nan indah
Kau hadirkan pesona
Malu berbalut takwa
Laksana syurga di dunia

c/o
Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Keketunan dirimu yang terbingkai solehah
Perhiasan dunia tunduk pada Yang Kuasa
Sejukmu menenangkan jiwa..

Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta

Engkau wanita syurga permata berharga
Bernilai indah dalam kesucian jiwa...


subhanaallah... moga diri ini juga wanita syurga bidadari dunia.. 

Friday, August 26, 2011

Isu Palestin Isu Umat Islam


Hari al-Quds

Alhamdulillah, sudah berlangsungnya Sambutan Hari al-Quds. Terima kasih kepada pihak penganjur program iaitu Jawatankuasa Tindakan Kolej APIUM Nilam Puri, APIDS dan Kelab Bahasa Arab APIUM (RUKNU) . Tidak dilupakan juga kepada wakil daripada Aqsa Syarif Johor, Ustaz Rofazlin b Jusoh selaku Pengerusi Aqsa Syarif Johor dan juga merupakan sukarelawan konvoi Viva Palestina atas kesudian memberi ceramah tentang peristiwa al-Quds dan juga sudi untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang pengalamannya ketika menyertai konvoi.

Hari Kebangsaan akan berlansung tidak lama lagi. Ramai yang sudah bersiap sedia menyambut tanggal 31 Ogos dengan 1001 perasaan. Bagi golongan senior, hari tersebut menjadi tarikh keramat yang wajib di ingati dan bagi golongan junior , hari tersebut patut di pahatkan di hati mereka dan insaf akan pahit maung perjuangan membebaskan tanah air di tangan penjajah. Namun begitu, ramai yang masih rabun akan tarikh keramat 21 Ogos 1969. Tarikh apakah itu? Sama2 kita selami...

Pada tanggal 21 Ogos 1969, seorang berkebangsaan Australia yang bernama Dennis Michael melakukan pembakaran terhadap Masjid Al-Aqsa . Api menyala besar dan membakar barang-barang di Masjid, tembok dan mimbarnya yang besar: mimbar Solahuddin.

Mimbar ini dulu digunakan oleh Solahhuddin untuk Khutbah Jumaat setelah pembebasan Al-Quds dari tentera Salib. Meskipun api tidak bergerak sedikitpun untuk memadamkannya dengan harapan agar api membakar masjid secara keseluruhan. Akan tetapi Allah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya, api dapat dipadamkan.

Perpecahan umat Islam kini menyebabkan empayar Islam lemah dan mudah di bantai


Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Ia mengungkapkan bahawa ia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itusesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian Yahudi membebaskannya kerana orang ini?gila? sehingga ia tidak dapat mempertanggungjawabkannya.

Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka,dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa, maka sejak itu tanggal 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.

Inilah sejarah Hari Al-Quds, tapi berapa ramai yang mengetahui tentang sejarah ini?? Bukalah mata kita sahabat-sahabat, lihatlah bagaimana nasib saudara-saudara kita di Palestin sekarang. Mungkin kita sekadar melihat mereka dari jauh sahaja, tFont sizeapi ingat bukan sekadar melihat tetapi doa yg jauh itu yang mereka perlukan daripada kita.

Wednesday, July 27, 2011

....keluhan hatiku...


Keluhan Seorang Pendakwah

Letih. Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.

Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)

Srikandi Umar Mujahid

Monday, July 25, 2011

أهلا وسهلا يا صديقاتي

الحمدلله النافع المعطي ، لا خيرا إلا خيره ، لا فضلا إلا فضله ، ورب سواه
Alhamdulillah...masih lagi berkesempatan untuk terus mengupdate blog ini walaupun masih terkejar-kejar dengan assignment. Begitulah kehidupan sebagai pelajar, tanggungjawabnya adalah belajar dan belajar untuk beroleh kejayaan, namun kita harus ingat bahawa belajar bukan setakat ingin berjaya di mata dunia sahaja tapi harus ingat bahawa mardhotillah yang kita cari sebenarnya. Kita bukan mencari keredhaan manusia tetapi kita mencari keredhaan Allah.

Ziarah Bumi Maahad, Bumi Tarbiyah...
Syukur rasanye hari ini ya Allah...hari ini Engkau mempertemukan aku dengan sahabat-sahabat yang sangat aku rindui. Syamilah,K.Farha,Syamila,Nabihah,Zarifah,K.wani, Aina Mardhiah,Zulaiha,Husna,Syuhada dan Najwa, selamat menjejaki ke alam universiti wahai sahabat-sahabatku. Kepada K.ha,Syamila,Hibatullah dan Nabihah, mabruk alaikunna!! Ahlan wasahlan ila jaamiatun malaya. Nantikan kedatangan sahabatmu ini tahun hadapan.

sedikit tazkirah buat sahabat2 ku semua...

من علامة النجح في النهياة الرجوع إلى الله في البداية
(" Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali kepada Allah di awal perjalanan ")

sahabat-sahabat yang ana sayangi kerana Allah, ingatlah bagi seseorang yang mencari keredhaan Allah, terdapat permulaaan dan terdapat juga akhiran. Permulaan bagi seseorang yang mencari keredhaan Allah adalah langkahnya menjalani kehidupan, dan pengakhirannya adalah ketibaannya di hadapan Allah. Jadi sahabat-sahabat, ayuh, tunggu apa lagi? sama-sama mulakan perjalanan kita di atas perjalanan yang sebenar-benarnya kembali kepada Allah, perjalanan yang menuju kepada sang Pencipta, maka peluang kejayaan kita untuk sampai kepada keredhaan Allah sangat besar.

Sahabat-sahabat, tidak kira kamu ditempatkan, yakinlah setiap aturan Allah itu adalah terbaik untukmu. sama-sama kita rujuk surah al-Baqarah ayat 216. " Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ". sentiasalah berpegang ayat ini wahai sahabat-sahabat. Ayat inilah yang menjadi motivasi kepada ana untuk kuat dalam menerima apa jua keadaan yang menimpa ana.

Alam universiti tidak sama dengan alam persekolahan, biahnya tidak sama d
engan biah semasa kita di bumi maahad dahulu sahabat-sahabat. Alam ini amat kuat ujiannya. Namun ingatlah,di saat engkau lemah, tiada siapa disisi, Allah sentiasa ada disisimu. Sekalipun engkau melupakanNya, berapa banyak dosa yang engkau lakukan, jauh sekalipun engkau dariNya, ingatlah Allah itu maha memaafkan. dia sentiasa ada untuk mendengar apa sahaja pada bila-bila masa.

- Islam tidak memerlukan kita tapi kita memerlukan
Islam-
(srikandi maahad : k.farha,syamila,nabihah,syamilah,najwa, k.aina, shuhada,
k.wani,husna,zulaiha,zarifah)


sahabatmu yang merindui kalian,
Srikandi Umar Mujahid

Monday, July 18, 2011

.:: komitmen Da'ie sejati ::.

Jadilah sebenar-benar da'ie...

بسم الله الرحمان الرحيم...السلام عليكم....

Apa KhAbAr HAti?

BaGaimaNa iMan Hari Ini?

seManGat JiHad MenuRUn AtaU kIAn MeniNgGi?

ayUh, SiapkaN ruH peRkaSaKan KeNdiRi,

taJdiDkaN FiKraH... ciri DaiE seJaTi

• Jika komitmen da'i terhadap dakwah benar-benar tulus…., maka tidak akan banyak da’i yang berguguran di tengah jalan. Dakwah akan terus melaju dengan mulus untuk meraih tujuan-tujuannya dan mampu memancangkan prinsip-prinsipnya dengan kokoh.

• Jika komitmen da'i terhadap dakwah benar-benar tulus…, niscaya hati sekian banyak orang akan menjadi bersih, pikiran mereka akan bersatu, dan fonemena ingin menang sendiri saat berbeda pendapat, akan jarang terjadi.

• Jika komitmen da’i benar-benar tulus…, maka sikap toleransi akan semarak, rasa saling mencintai akan merebak, hubungan persaudaraan semakin kuat, dan barisan para da’i akan menjadi bangunan yang berdiri kokoh dan saling menompang.

• Jika komitmen da’i benar-benar tulus…, maka dia tidak akan peduli saat ditempatkan dibarisan depan atau belakang. Komitmennya tidak akan berubah ketika ia diangkat menjadi pemimpin yang berwenang mengeluarkan keputusan dan ditaati atau hanya sebagai jundi yang tidak dikenal atau tidak dihormati.

• Jika komitmen da’i benar-benar tulus…, maka hati seorang da’i akan tetap lapang untuk memaafkan setiap kesalahan saudara-saudara seperjuangannya, sehingga tidak tersisa tempat sekecil apa pun untuk permusuhan dan dendam.

• Jika komitmen da’i terhadap dakwah benar-benar tulus…, maka sikap toleransi dan saling memaafkan akan terus berkembang, sehingga tidak ada momentum yang bisa menyulut kebencian, menaruh dendam, dan amarah. Namun sebaliknya, semboyan yang diusung bersama adalah “ Saya sedar bahwa saya sering melakukan kesalahan, dan saya yakin anda akan selalu memaafkan saya”.

• Jika komitmen da’i benar-benar tulus…, maka tidak mungkin akan terjadi pencerobohan dalam menunaikan kewajipan dan tugas dakwah. Namun yang terjadi adalah fenomena berlomba-lomba untuk melakukan kebaikan dan bersungguh-sungguh untuk mencapai derajat yang lebih tinggi.

• Jika komitmen da’i benar-benar tulus…, maka semua orang akan sangat menghargai waktu. Bagi setiap da’i, tidak ada waktu yang terbuang sia-sia kerana dia selalu menggunakannya untuk beribadah kepada Allah di sudut mihrab, atau berjuang melaksanakan dakwah dengan menyeru kebaikan atau mencegah kemungkaran. Atau menjadi murobbi yang gigih mendidik dan mengajar anak buahnya. Da’i yang aktif di masjid untuk menyampaikan nasihat dan membimbing masyarakat.

• Jika komitmen da’i benar-benar tulus…, maka setiap da’i akan segera menunaikan kewajipan kewangannya untuk dakwah tanpa dihinggapi rasa ragu sedikit pun. Semboyannya adalah “Apa yang ada padamu akan habis dan apa yang ada disisi Allah akan kekal”

• Jika komitmen benar-benar tulus…, maka setiap da’i akan patuh dan taat tanpa merasa ragu atau bimbang. Di dalam benaknya, tidak ada lagi erti keuntungan peribadi dan menang sendiri.

• Jika komitmen da’i benar-benar tulus…, maka setiap anggota akan menaruh kepercayaan yang tinggi kepada para pemimpin fikrah. Setiap yang bergabung akan melaksanakan kebijakan pimpinannya dan menegakkan prinsip-prinsip dakwah dalam hatinya.

• Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar tulus…, maka setiap orang yang kurang teguh komitmennya akan menangis, sementara yang bersungguh-sungguh akan menyesali dirinya karena ingin berbuat lebih banyak dan berharap mendapat balasan serta pahala dari Allah…

ingin menjadi da'ie yg berkomitmen dalam apapun jua keadaan?? Ayuh! ayuh sahabat2ku...persiapkan dirimu...

" salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali kepada Allah di awal perjalanan"

Jadi,berdasarkan kata-kata Ibnu Arthalillah As-Sakandari ini, sama-sama kita renung kembali. Ikhlaskah kita dalam kerja dakwah ini?? Masih wujud lagi ke istiqomah kita dalam gerak kerja Islam ini?? yang lebih penting, dalam kesibukan dakwah kita, kerja harian kita, di mana Allah kita letakkan ?? benar-benar di hati kita?? InsyaAllah...sama-sama kita berdoa walaupun di mana kita berada ingatlah Allah sentiasa berada di sisi kita. Wallahua'lam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...