Wednesday, July 21, 2010

LALUI 5 HARI....

Setiap manusia telah dan akan melalui 5 hari yang pasti

Yang teLah berlalu

Sejak kelahiran hingga sekarang,
50 tahun sudah berumur,
50 tahun sudah berlalu,
50 tahun sudah banyak bekalan,
Baki usia entah tinggal seberapa,
Entah kuat lagikah tenaga,
Jenguk-jenguk di sebalik tabir,
Cukupkah bekalan dengan maut,
Mengejut tanpa amaran di beri.

Yang sedang saksikan sekarang.

Jangan biarkan berlalu kosong,
Menderhaka…akan rugi dunia lagi,
Akhirat lebih-lebihlah,
Lihatlah sumpah Maha Perkasa,
Demi masa…
Masa masih ada peluang terbaik,
Memperbanyakkan saham.

Yang ditunggu esok…

Rahsia ketuhanan,
Esok akan berlaku?
Bertakwalah dan rencanakan untuk esok,
Jadikan pengakhiran hidup,
Hidup yang baik.

Yang dijanjikan

Hari yang amat getir,
Jasad dan roh akan terpisah,
Hari yang amat kritikal,
Berjayakah kita melepasi godaan,
Lafaz syahadah penutup dunia.

Yang tiada kesudahan

Alam barzakh padang masyar,
Timbangan…meniti…
Menelusuri jalan tersendiri,
Syurga neraka sudahnya manusia.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...