Monday, March 21, 2011

***permataku***

Alhamdulillah …puji dan syukur kpd Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dialah Tuhan yang selayaknya diserahkan segala kecintaan. Cinta yang abadi dan suci hanyalah cinta yang sujud di telapak cinta-Nya. Syukur atas kasih sayangnya,Allah telah mengurniakan rasa cinta sesama kita sebagai layar yang menyerlahkan lagi keagungan cinta-Nya.

Teringat ana kepada kata-kata Saidina Umar al-Khattab:

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan nikmat Islam adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh”

Sudah lama rasenye tidak update blog ini,namun alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan bersama-sama sahabat sekalian untuk berkongsi sedikit pengalaman,pengisian ataupun sedikit peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat untuk kita semua.

Di sini, cuma nak kongsikan bahawa betapa manisnya ukhuwah dalam persahabatan. Maksud ukhuwah sebagaimana kita tahu adalah satu ikatan persaudaraan tapi sahabat2 perlu tahu bahawa ukhuwah itu satu perkara subjektif yang mana mudah diucapkan tapi sukar untuk kita menghuraikannya. Kenapa? Kerana hanya kita sahaja yang tahu betapa manisnya ukhuwah itu dalam kita bersahabat dgn sahabat kita.

Syukur rasenya selama 10 bulan ana di kampus UM Nilam Puri, ana dapat merasai nikmat memiliki sahabat yang solehah. Kehadiran dua sahabat ini amat bermakna buat ana. Bertemunya kami di kampus ini menjadikan kami mengenali antara satu sama lain. Halaqah selepas solat asar merapatkan lagi hubungan kami di samping berkongsi pelbagai cerita dan pengalaman. Hadirnya BADAR menguatkan lagi ikatan kasih sayang di samping takaful dan tafahum antara kami. Kerana dua sahabat ini lah ,menjadikan ana terasa dekat dengan Allah s.w.t,menyakinkan ana bahawa kita ini tidak keseorangan dan perlukan seorang teman, menyedarkan ana tujuan kita diciptakan dan mengingatkan ana bahawa kita ini haruslah sentiasa ditarbiah untuk mentarbiah.

Kepada sahabat ana Sobiroh, jadilah enti Sibghotullah seperti yg enti mahu dan semoga celupan Allah itu akan membuahkan hasil kepada Islam. Uhibbuki fillah…

Kepada sahabat ana Jalidah, jadilah enti Jundullah yang kuat,tabah dan thabat dalam perjuangan. Semoga enti lah pemudi Islam yang dinanti-nanti. Uhibbuki fillah..

Ana , tetap di sini sebagai Anshorullah sentiasa berada di belakang antuma untuk terus menyokong antuma.


Tidak kira kita di mana sekalipun:
أنا أنت ، وأنت أنا ، نحن روح في البدن
“Saya dan kamu. Kamu dan saya. Kita adalah satu ruh dalam satu badan”

Jalidah = Jundullah
Atin = Anshorullah
Sobiroh = Sibghotullah
(JAS)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...