Tuesday, March 29, 2011

Serulah ke jalan TuhanMu….(bhg.2)

Assalamualaikum w.b.t...

(sambungan....)

Marhalah keempat

Marhalah keempat ialah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul tanpa
membataskannya kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tetapi ia merangkumi seluruh aspek kehidupan; makan, minum, pakaian, ilmu, amal, perkahwinan, riadhah, memelihara anak-anak dan lain-lain. Itu semua adalah ibadah kepada Allah s.w.t apabila mencukupi dua syarat:

• Niat kerana Allah s.w.t dan

• cara melaksanakannya sesuai dengan syariat Islam.

Sesuatu benda yang ingin kita lakukan mesti besertakan dengan niat. Memang tidak dapat dipisahkan. Kenapa? Sbb memang dah macam tu lah,kita tak akan lakukan sesuatu tanpa kita tahu tujuan kita lakukan. Tapi apakah lebih baik kita niatkan semata-mata kerana Allah. Betul kan? Kita makan kita minum,kita tidur semua itu ibadat sahabat-sahabat jika kita niat kerana Allah. Tak rugi kan, makan pun dapat,kenyang pun dapat dan pahala pun dapat. MasyaAllah…senang je kalau kita nak pahala.

Tapi sahabat-sahabat,niat,niat juga. Amal kita tu biarlah mengikut syariat Islam. Macam mane tu? Contohnya amal yg kita niatkan itu biarlah benda yang halal. Kita berpakaian sekalipun degan pakaian yang halal. Makan,dengan makanan yang halal. Ini kerana,tidak munasabah kita makan makanan yang haram dengan tujuan menguatkan diri bagi melakukan ketaatan kepada Allah .s.w.t.

Satu lagi sahabat-sahabat,kita sebagai daie ini yang ingin memperjuangkan Islam. Biarlah niat kita itu betul-betul ikhlas. Ana hairan dengan sesetengah orang ni,belum buat apa-apa lagi dah kata dah, “maaf ana tak boleh lah nak dakwah orang ni,ana takut ana tak ikhlas”. Jangan kita nak cakap tentang ikhlas kalau kita sendiri pun tak tahu ikhlas itu macam mane. Ikhlas seseorang itu, semuanya Allah sahaja yang tahu, hanya Dia sahaja yang menilai.

Kata-kata al-Imam as-syahid Hassan Al-Banna. Sesuai untuk kita sebagai seorang jundullah.:


“ Jika Islam itu diumpamakan seperti bangunan usang yang hampir rob
oh, maka ku berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Ku tidak mahu mengutip ramainya bilangan mereka tetapi ku inginkan hati-hati yang ikhlas membantu dan bersamaku bagi membina kembali bangunan usang menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah”

Marhalah kelima

Di marhalah ini, kita menjelaskan kepada mad'u bahawa agama kita (Islam) tidak
berpada dengan kita menjadi muslim pada diri sendiri sahaja; dengan hanya melaksanakan ibadat-ibadat tertentu, berakhlak dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti orang lain; tidak lebih daripada itu.

Seseorang muslim tidak mungkin hidup sebagai muslim dengan keIslaman yang sahih dan sempurna sekiranya dia mengasingkan diri daripada saudara –saudara muslim yang lain dan tidak memperdulikan apa yang berlaku dan dihadapi oleh mereka (saudara-saudara muslim) di berbagai ceruk rantau di muka bumi; tekanan, gangguan, fitnah dan serangan dari musuh-musuh Allah dan musuh-musuh Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka".

Kita terangkan kepada mad'u betapa besarnya musibah yang dihadapi oleh dunia Islam; Negara dipecah-pecahkan, umat Islam bertelagah sesama sendiri, musuh-musuh menyerang, aqidah orang-orang Islam tergugat dan digugat, masjid-masjid dirosakkan, kehormatan mereka dicabul, harta kekayaan dirompak dan anak-anak muslimin dibentuk di luar landasan Islam. Semua ini berlaku akibat tidak adanya Daulah Islamiah; Daulah Islamiah yang mampu menyerang balas musuh-musuh Islam, menghalang mereka daripada melakukan serangan, menyatu-padukan umat Islam dan melaksanakan syariat Islam di kalangan mereka.

Sebagaimana yang telah berlaku di Mesir dan sekarang pula di Libya. Pemimpin Islam hanya pada nama bukan pada perbuatan tidak boleh bawa ke mana-mana. Akhirnya, rakyat berpecah belah , negara pun musnah akibat peperangan sesama sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...